Isnin, 27 Ogos 2007

Selasa, 21 Ogos 2007

Visi dan Misi Asrama SMK Syed Mohamed Al-Bukhary

VISI ASRAMA SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY
  • Menjadi asrama berkualiti berteraskan kecemerlangan yang seimbang menjelang tahun 2008

MISI ASRAMA SMK SYED MOHAMED AL-BUKHARY
  1. Melahirkan pelajar berwawasan, bertanggungjawab dan berkualiti dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial yang berlandaskan prinsip ketuhanan.
  2. Meningkatkan prestasi pelajar dari segi kuantiti dan kualiti dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
  3. Mengamalkan budaya permuafakatan dan keterlibatan yang menyeluruh demi merealisasikan slogan "Asramaku Syurgaku".
  4. Melengkapkan prasarana dan mewujudkan suasana asrama yang selamat, ceria dan kondusif.

Latar Belakang Asrama



Dibina atas konsep integrasi yang terdiri daripada pelajar normal dan pelajar cacat pendengaran. Pada tahun 1980, pihak sekolah telah menyewa beberapa buah rumah di Taman Rakyat untuk dijadikan asrama. Dengan kerjasama mantan pengetua, Allahyarham Encik Amar bin Abdul Latiff dan para pelajar cacat pendengaran, satu blok asrama telah berjaya disiapkan bersebelahan Dewan Iltizam, SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Para pelajar dapat menggunakan asrama tersebut dengan sepenuhnya pada tahun 1990. Pada tahun 1993, pelajar normal dan pelajar cacat pendengaran telah berjaya ditempatkan di asrama.